Malaysia legislation
Section 84
of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010
Seksyen 84
Margin kesolvenan
Tiap-tiap pengendali takaful Labuan, termasuk seorang pemegang lesen takaful yang menjalankan perniagaan takaful kaptif
Labuan, hendaklah memastikan bahawa nilai boleh hasil asetnya melebihi amaun liabilitinya dengan suatu margin mengikut amaun sedemikian atau yang dikira mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan secara bertulis oleh Lembaga dari semasa ke semasa.