Malaysia legislation

Section 89

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010

Seksyen 89

Sekatan ke atas perniagaan pemegang lesen takaful oleh pengendali takaful Labuan

(2)

Walau apa pun takrif “perniagaan takaful Labuan” dan subseksyen (1), seseorang pengendali takaful Labuan boleh menjalankan takaful semula perniagaan takaful domestik, termasuk takaful semula perniagaan takaful domestik yang diurusniagakan dalam ringgit dan apa-apa perniagaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

(3)

Tiada pengendali takaful Labuan boleh bertindak bagi pihak seorang pengendali takaful Labuan yang lain sebagai pengurus takaful Labuan atau pengurus pengunderaitan takaful Labuan melainkan jika pengendali takaful Labuan yang mula-mula disebut itu telah diberikan suatu lesen untuk menjalankan perniagaan sebagai pengurus takaful Labuan atau pengurus pengunderaitan takaful Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Undang-Undang Malaysia 116

Akta 705

Sekatan ke atas dan kewajipan pengurus takaful Labuan, pengurus pengunderaitan takaful Labuan dan broker takaful

Labuan

Section 89 — LABUAN ISLAMIC FINANCIAL SERVICES AND SECURITIES ACT 2010