Malaysia legislation

Section 8

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010

Seksyen 8

Majlis Penyeliaan Syariah hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(a)

untuk menentukan hukum Syarak bagi maksud apa-apa perniagaan yang dikawal selia atau diselia oleh Lembaga dan mengeluarkan keputusan apabila dirujukkan kepadanya mengikut seksyen 9;

(b)

untuk memberi nasihat mengenai apa-apa isu Syariah yang berhubungan dengan apa-apa perniagaan yang dikawal selia atau diselia oleh Lembaga apabila dirujukkan kepadanya mengikut seksyen 9; dan

(c)

apa-apa fungsi lain sebagaimana yang ditentukan oleh

Lembaga.

Undang-Undang Malaysia 30

Akta 705

Kuasa untuk membuat keputusan dan memberi nasihat