Malaysia legislation
Section 90
of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010
Seksyen 90
(2)
Tiada pengurus pengunderaitan takaful Labuan boleh memberikan perkhidmatan pengunderaitan kepada mana-mana orang yang tidak dilesenkan di bawah Akta ini atau kepada mana-mana perniagaan yang dijalankan oleh pengendali takaful yang didaftarkan di bawah *Akta Takaful 1984.
(3)
Seseorang broker takaful Labuan berlesen boleh mengendalikan takaful atau takaful semula perniagaan takaful domestik, yang diurusniagakan dalam mata wang Malaysia dengan syarat bahawa aktiviti itu tidak termasuk apa-apa aktiviti yang dikawal atau dilarang di bawah undang-undang bertulis lain di Malaysia.
(4)
Tiap-tiap pengurus takaful Labuan atau pengurus pengunderaitan takaful Labuan yang bertindak bagi pihak pengendali takaful Labuan hendaklah menyenggarakan wangnya berasingan daripada wang pengendali takaful Labuan itu dan tidak boleh menggunakan wang pengendali takaful Labuan itu untuk menjelaskan apa-apa perbelanjaan atau liabilitinya selain berkenaan dengan perniagaan takaful Labuan itu.
Senarai pengendali takaful Labuan hendaklah dibekalkan oleh pengurus takaful Labuan dan pengurus pengunderaitan takaful Labuan