Malaysia legislation

Section 91

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010

Seksyen 91

Tiap-tiap pengurus takaful Labuan dan pengurus pengunderaitan takaful Labuan hendaklah, dalam masa tiga puluh hari dari penutupan tahun kewangannya, mengemukakan kepada Lembaga, mengikut apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, suatu senarai semua pengendali takaful Labuan yang baginya pengurus takaful Labuan menyediakan perkhidmatan pentadbiran atau pengurus pengunderaitan takaful Labuan menyediakan perkhidmatan pengunderaitan.

*CATATAN—Akta Takaful 1984 [Akta 312] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan

Islam 2013 [Akta 759] yang berkuat kuasa pada 30 Jun 2013—lihat seksyen 282 dan 283 Akta 759.

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 117