Malaysia legislation

Section 92

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010

Seksyen 92

Penjalanan perniagaan

(a)

menjalankan perniagaan takafulnya dengan usaha wajar dan berhati-hati mengikut prinsip Syariah;

(b)

mematuhi standard perakaunan antarabangsa yang diterima atau apa-apa standard lain yang diluluskan oleh Lembaga;

(c)

mendaftarkan semua aset atas namanya, atau atas nama penjaga atau penama bagi pengendali takaful Labuan jika aset itu diperoleh atas nama penjaga atau penama itu, dan dalam hal syer pembawa, memegangnya dalam jagaan selamat; dan

(d)

menunjukkan dengan jelas pada kepala surat, alat tulisnya dan dokumen lain yang mengandungi namanya bahawa ia dilesenkan di bawah Akta ini, berserta dengan nombor lesen takafulnya.

(2)

Tiada pengendali takaful Labuan boleh mengiklankan atau menyiarkan, dalam apa-apa bentuk, maklumat yang tidak benar atau yang berkemungkinan mengelirukan seorang lain berhubung dengan undang-undang yang terpakai bagi pengendali takaful

Labuan dan perniagaan serta aktiviti berkaitannya atau status kewangan pengendali takaful Labuan atau rancangan takaful atau takaful semula atau apa-apa perkara lain berkenaan dengan perniagaan takaful Labuannya.

(3)

Perenggan (1)(a) dan (d) dan subseksyen (2) hendaklah terpakai dengan ubah suaian yang perlu bagi pengurus takaful

Labuan, pengurus pengunderaitan takaful Labuan dan broker takaful Labuan.

Pembayaran wang polisi di bawah polisi takaful keluarga dan polisi takaful kemalangan diri

Pemakaian Bab ini