Malaysia legislation

Section 94

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010

Seksyen 94

Kuasa untuk membuat penamaan

(2)

Jika suatu penamaan dibuat selepas polisi itu dikeluarkan, pemunya polisi hendaklah mengemukakan polisi itu berserta dengan butir-butir mengenai penama yang disebut dalam subseksyen (1)

bagi pengendorsan pengendali takaful Labuan itu mengenai penamaan atas polisi itu.

(3)

Sesuatu penamaan yang dibuat di bawah subseksyen (1)

hendaklah disaksikan oleh seseorang yang sempurna akal yang telah mencapai umur lapan belas tahun dan bukan seorang penama yang dinamakan di bawah subseksyen itu.

(4)

Pengendali takaful Labuan—

(a)

hendaklah memaparkan dengan jelas dalam borang penamaan suatu notis bahawa pemunya polisi itu perlu menyerahhakkan faedah polisi itu kepada penamanya jika niatnya adalah bagi penamanya, selain suami atau isterinya, anaknya atau ibu atau bapanya, untuk menerima faedah polisi itu secara benefisial dan tidak sebagai wasi;

(b)

hendaklah merekodkan penamaan itu dan butir-butir penama dalam daftar polisinya; dan

(c)

hendaklah mendaftarkan dalam daftar polisinya penamaan yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan penamaan itu hendaklah mula berkuat kuasa dari tarikh penamaan itu didaftarkan.

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 119

(5)

Kegagalan untuk mematuhi subseksyen (4) boleh menjejaskan kesahan penamaan itu melainkan jika dibuktikan selainnya bahawa pemberitahuan yang perlu mengenai penamaan itu telah dibuat oleh pemunya polisi dan diberikan kepada pengendali takaful

Labuan untuk pengendorsan pada polisi itu.

(6)

Sesuatu penamaan yang dibuat di bawah subseksyen (1)

boleh dibuat bagi faedah satu orang atau beberapa orang dan jika terdapat lebih daripada seorang yang dinamakan, pemunya polisi itu boleh mengarahkan supaya bahagian yang ditentukan dibayar kepada orang yang dinamakan itu dan dalam ketiadaan arahan oleh pemunya polisi itu, pengendali takaful Labuan hendaklah membayar bahagian yang sama banyak kepada orang itu.

Pembatalan penamaan