Malaysia legislation
Section 97
of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010
Seksyen 97
(a)
penama ialah suami atau isteri atau anaknya; atau
(b)
jika tidak ada suami atau isteri atau anak yang masih hidup pada masa penamaan itu, penama ialah ibu atau bapanya.
(2)
Sesuatu pembayaran di bawah subseksyen (1) tidak boleh menjadi sebahagian daripada harta pusaka pemunya polisi yang mati atau tertakluk pada hutangnya.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 121
(3)
Pemunya polisi, melalui polisi itu, atau melalui suatu notis bertulis kepada pengendali takaful Labuan, boleh melantik pemegang amanah bagi wang polisi itu dan jika tidak ada pemegang amanah—
(a)
penama yang berwibawa untuk berkontrak; atau
(b)
jika penama tidak berwibawa untuk berkontrak, ibu atau bapa penama yang tidak berwibawa itu dan jika tidak ada ibu atau bapa yang masih hidup, Pemegang Amanah
Raya, hendaklah menjadi pemegang amanah bagi wang polisi itu dan penerimaan seseorang pemegang amanah hendaklah menjadi pelepasan kepada pengendali takaful Labuan bagi semua liabiliti berkenaan dengan wang polisi yang telah dibayar kepada pemegang amanah itu.
(4)
Seseorang pemunya polisi tidak boleh membuat urusan mengenai sesuatu polisi yang baginya subseksyen (1) terpakai dengan membatalkan sesuatu penamaan di bawah polisi itu, dengan mengubah atau menyerahkan balik polisi itu, atau dengan menyerahhakkan atau menyandarkan polisi itu sebagai cagaran, tanpa keizinan bertulis pemegang amanah.
(5)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan seseorang pemiutang suatu pemunya polisi daripada memohon kepada mahkamah bagi suatu perisytiharan bahawa seksyen ini, keseluruhannya atau sebahagiannya, tidak terpakai bagi mana-mana polisi tertentu atas alasan bahawa premium di bawah polisi itu telah dibayar untuk menipu pemiutang itu.
Penama selain penama di bawah seksyen 97