Malaysia legislation

Section 9

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010

Seksyen 9

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), rujukan kepada Majlis

Penyeliaan Syariah hendaklah dibuat oleh Lembaga, suatu entiti berlesen, entiti yang dikawal selia di bawah Akta ini atau suatu entiti patuh Syariah mengikut cara yang ditentukan oleh Lembaga.

(3)

Apa-apa keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Penyeliaan

Syariah menurut rujukan di bawah subseksyen (1) hendaklah mengikat Lembaga, entiti berlesen, entiti yang dikawal selia di bawah Akta ini atau entiti patuh Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4)

Bagi mengelakkan keraguan, apa-apa keputusan yang dibuat oleh Majlis Penyeliaan Syariah di bawah subseksyen (1) menurut rujukan yang dibuat oleh Lembaga, suatu entiti berlesen, suatu entiti yang dikawal selia di bawah Akta ini atau suatu entiti patuh

Syariah, tidak boleh mengikat mana-mana entiti berlesen, entiti yang dikawal selia di bawah Akta ini atau entiti patuh Syariah yang lain melainkan jika diterima pakai oleh Lembaga mengikut cara yang difikirkannya patut.

(5)

Jika nasihat diberikan oleh Majlis Penyeliaan Syariah menurut subseksyen (1), Lembaga, entiti berlesen, entiti yang dikawal selia di bawah Akta ini atau entiti patuh Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah mengambil kira nasihat itu.

(6)

Apa-apa rujukan bagi suatu keputusan atau nasihat

Majlis Penyeliaan Syariah di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang lain hendaklah dikemukakan kepada Lembaga.

Pelantikan anggota Majlis Penyeliaan Syariah