Malaysia legislation

Section 101

of AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Seksyen 101

(a)

mana-mana sistem data peribadi yang digunakan oleh pengguna data bagi maksud menentukan maklumat untuk membantu Pesuruhjaya dalam membuat syor kepada pengguna data yang berkaitan berhubung dengan penggalakan pematuhan peruntukan Akta ini, khususnya Prinsip Perlindungan Data Peribadi, oleh pengguna data yang berkaitan; atau

Undang-Undang Malaysia 76

Akta 709

(b)

mana-mana sistem data peribadi yang digunakan oleh pengguna data yang tergolong dalam golongan pengguna data bagi maksud menentukan maklumat untuk membantu Pesuruhjaya dalam membuat syor kepada golongan pengguna data yang dalamnya pengguna data yang berkaitan tergolong berhubung dengan penggalakan pematuhan peruntukan Akta ini, khususnya

Prinsip Perlindungan Data Peribadi, oleh golongan pengguna data yang dalamnya pengguna data yang berkaitan tergolong.

(2)

Bagi maksud seksyen ini—

“pengguna data” termasuk pemproses data;

“sistem data peribadi” ertinya apa-apa sistem, sama ada berautomasi atau selainnya, yang digunakan, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, oleh seorang pengguna data bagi pemprosesan data peribadi, dan termasuk rekod yang disenggarakan di bawah seksyen 44 dan apa-apa dokumen dan kelengkapan yang menjadi sebahagian daripada sistem itu.

Pengguna data yang berkaitan, dsb., hendaklah dimaklumkan mengenai keputusan pemeriksaan

Section 101 — AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010