Malaysia legislation
Section 102
Seksyen 102
Jika Pesuruhjaya telah menyelesaikan suatu pemeriksaan terhadap suatu sistem data peribadi, dia hendaklah mengikut apa-apa cara dan pada bila-bila masa yang difikirkannya patut memaklumkan pengguna data yang berkaitan atau golongan pengguna data yang dalamnya pengguna data yang berkaitan itu tergolong mengenai—
(a)
keputusan pemeriksaan itu;
(b)
apa-apa syor yang didapati daripada pemeriksaan itu yang difikirkan patut oleh Pesuruhjaya untuk dibuat berhubung dengan penggalakan pematuhan peruntukan Akta ini, khususnya Prinsip Perlindungan Data Peribadi, oleh pengguna data yang berkaitan atau golongan pengguna data yang dalamnya pengguna data yang berkaitan itu tergolong; dan
(c)
apa-apa ulasan lain yang berbangkit daripada pemeriksaan itu yang difikirkannya patut.
Perlindungan Data Peribadi 77
Laporan oleh Pesuruhjaya