Malaysia legislation

Section 104

of AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Seksyen 104

Mana-mana individu atau orang yang berkaitan boleh membuat aduan secara bertulis kepada Pesuruhjaya mengenai sesuatu perbuatan, amalan atau permintaan—

(a)

yang dinyatakan dalam aduan itu;

(b)

yang telah dilakukan atau dibuat, atau yang sedang dilakukan atau dibuat, oleh pengguna data yang dinyatakan dalam aduan itu;

(c)

yang berhubung dengan data peribadi yang mengenainya individu itu merupakan subjek data; dan

(d)

yang mungkin melanggar peruntukan Akta ini, termasuk mana-mana tataamalan.

Undang-Undang Malaysia 78

Akta 709

Penyiasatan oleh Pesuruhjaya