Malaysia legislation
Section 105
Seksyen 105
(2)
Jika Pesuruhjaya mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu perbuatan, amalan atau permintaan telah dilakukan atau dibuat, atau sedang dilakukan atau dibuat, oleh pengguna data yang berkaitan berhubung dengan data peribadi dan perbuatan, amalan atau permintaan itu mungkin melanggar peruntukan Akta ini, Pesuruhjaya boleh menjalankan suatu penyiasatan berhubung dengan pengguna data yang berkaitan itu untuk memastikan sama ada perbuatan, amalan atau permintaan itu melanggar peruntukan Akta ini.
(3)
Bahagian IX hendaklah terpakai berkenaan dengan penyiasatan yang dijalankan oleh Pesuruhjaya di bawah Bahagian ini.
Sekatan terhadap penyiasatan yang dimulakan melalui aduan