Malaysia legislation
Section 106
Seksyen 106
(a)
aduan itu, atau suatu aduan yang sebahagian besarnya bersifat seumpamanya, telah sebelum ini memulakan suatu penyiasatan yang akibat daripadanya Pesuruhjaya berpendapat bahawa tidak terdapat apa-apa pelanggaran peruntukan Akta ini;
(b)
perbuatan, amalan atau permintaan yang dinyatakan dalam aduan itu adalah remeh-temeh;
(c)
aduan itu adalah remeh, menyusahkan atau tidak dibuat dengan suci hati; atau
(d)
mana-mana penyiasatan atau penyiasatan selanjutnya adalah kerana apa-apa sebab lain tidak perlu.
Perlindungan Data Peribadi 79
(2)
Walau apa pun keluasan kuasa yang diberikan kepada
Pesuruhjaya oleh Akta ini, Pesuruhjaya boleh enggan untuk menjalankan atau meneruskan suatu penyiasatan yang dimulakan melalui suatu aduan—
(a)
jika—
(i)
pengadu; atau
(ii)
dalam hal pengadu ialah seorang yang berkaitan berhubung dengan seorang subjek data, subjek data itu atau orang yang berkaitan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mempunyai pengetahuan yang sebenar mengenai perbuatan, amalan atau permintaan yang dinyatakan dalam aduan itu bagi tempoh melebihi dua tahun sebaik sebelum tarikh Pesuruhjaya menerima aduan itu, melainkan jika
Pesuruhjaya berpuas hati bahawa dalam semua hal keadaan mengenai hal itu adalah wajar untuk menjalankan atau meneruskan penyiasatan itu;
(b)
jika aduan itu dibuat tanpa nama pengadu diketahui;
(c)
jika pengadu tidak boleh dikenal pasti atau dikesan;
(d)
jika Pesuruhjaya berpuas hati bahawa pengguna data yang berkaitan tidak menjadi seorang pengguna data bagi tempoh tidak kurang daripada dua tahun sebaik sebelum tarikh Pesuruhjaya menerima aduan itu; atau
(e)
dalam mana-mana hal keadaan lain yang difikirkannya patut.
(3)
Jika Pesuruhjaya enggan di bawah seksyen ini untuk menjalankan atau meneruskan suatu penyiasatan yang dimulakan melalui suatu aduan, dia hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan tetapi dalam mana-mana hal tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas tarikh penerimaan aduan itu, melalui notis bertulis yang disampaikan kepada pengadu itu memaklumkan pengadu itu mengenai keengganan itu dan sebab-sebab bagi keengganan itu.
Undang-Undang Malaysia 80
Akta 709
(4)
Sesuatu rayuan boleh dibuat kepada Tribunal Rayuan terhadap mana-mana keengganan yang dinyatakan dalam notis di bawah subseksyen (3) oleh pengadu yang kepadanya notis itu disampaikan atau jika pengadu ialah seorang yang berkaitan, oleh subjek data yang berkenaan dengannya pengadu ialah orang yang berkaitan.
Pesuruhjaya boleh menjalankan atau meneruskan penyiasatan yang dimulakan melalui aduan walaupun aduan itu ditarik balik