Malaysia legislation
Section 108
Seksyen 108
Notis penguatkuasaan
(a)
melanggar suatu peruntukan Akta ini; atau
(b)
telah melanggar peruntukan sedemikian dalam hal keadaan yang menjadikan berkemungkinan bahawa pelanggaran itu akan berterusan atau berulang, maka Pesuruhjaya boleh menyampaikan suatu notis penguatkuasaan kepada pengguna data yang berkaitan—
(A)
yang menyatakan bahawa dia berpendapat sedemikian;
(B)
yang menyatakan peruntukan Akta ini yang berdasarkannya dia berpendapat sedemikian dan sebab-sebab kenapa dia berpendapat sedemikian;
Perlindungan Data Peribadi 81
(C)
yang mengarahkan pengguna data yang berkaitan untuk mengambil apa-apa langkah yang dinyatakan dalam notis penguatkuasaan itu untuk meremedi pelanggaran itu atau, mengikut hal keadaan, perkara yang menyebabkannya dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam notis penguatkuasaan itu; dan
(D)
yang mengarahkan, jika perlu, pengguna data yang berkaitan untuk memberhentikan pemprosesan data peribadi sementara menunggu pengguna data yang berkaitan meremedi pelanggaran itu.
(2)
Pesuruhjaya hendaklah, dalam menentukan sama ada untuk menyampaikan suatu notis penguatkuasaan, menimbangkan sama ada pelanggaran atau perkara yang dengannya notis penguatkuasaan itu adalah berhubungan telah menyebabkan atau berkemungkinan akan menyebabkan kerosakan atau distres kepada subjek data bagi data peribadi yang dengannya pelanggaran atau perkara itu adalah berhubungan.
(3)
Langkah yang dinyatakan dalam notis penguatkuasaan untuk meremedi pelanggaran atau perkara yang dengannya notis penguatkuasaan itu adalah berhubungan boleh dibuat—
(a)
sehingga apa-apa takat dengan merujuk kepada mana-mana tataamalan yang telah diluluskan; atau
(b)
supaya memberi pengguna data yang berkaitan suatu pilihan antara cara-cara yang berlainan untuk meremedi pelanggaran atau perkara itu.
(4)
Tempoh yang dinyatakan dalam notis penguatkuasaan di bawah subseksyen (1) untuk mengambil langkah yang dinyatakan dalamnya tidak boleh habis tempoh sebelum berakhirnya tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen 93(2) yang dalam tempoh itu suatu rayuan terhadap notis penguatkuasaan itu boleh dibuat dan, jika rayuan sedemikian dibuat, langkah itu tidak perlu diambil sementara menunggu penentuan atau penarikan balik rayuan itu.
Undang-Undang Malaysia 82
Akta 709
(5)
Walau apa pun subseksyen (4), jika Pesuruhjaya berpendapat bahawa atas alasan hal keadaan khas langkah yang dinyatakan dalam notis penguatkuasaan itu sepatutnya diambil atas dasar keterdesakan—
(a)
dia boleh memasukkan suatu pernyataan yang membawa maksud sedemikian dalam notis penguatkuasaan itu berserta dengan sebab-sebab kenapa dia berpendapat sedemikian; dan
(b)
jika pernyataan itu telah dimasukkan sedemikian, subseksyen (4) tidak terpakai tetapi notis penguatkuasaan itu tidak boleh menghendaki supaya langkah itu diambil sebelum berakhirnya tempoh tujuh hari dari tarikh notis penguatkuasaan itu disampaikan.
(6)
Suatu rayuan boleh dibuat kepada Tribunal Rayuan terhadap suatu notis penguatkuasaan oleh pengguna data yang berkaitan mengikut seksyen 93.
(7)
Jika Pesuruhjaya—
(a)
mempunyai pendapat yang disebut dalam subseksyen (1)
berkenaan dengan pengguna data yang berkaitan pada bila-bila masa sebelum suatu penyiasatan diselesaikan;
dan
(b)
juga berpendapat bahawa, atas alasan hal keadaan khas, suatu notis penguatkuasaan sepatutnya disampaikan kepada pengguna data yang berkaitan atas dasar keterdesakan, dia boleh menyampaikan notis penguatkuasaan itu walaupun penyiasatan itu belum diselesaikan dan, dalam mana-mana hal sedemikian—
(A)
Pesuruhjaya hendaklah, tanpa menjejaskan apa-apa perkara lain yang akan dimasukkan dalam notis penguatkuasaan itu, menyatakan dalam notis penguatkuasaan itu sebab-sebab tentang kenapa dia mempunyai pendapat yang disebut dalam perenggan (b); dan
(B)
peruntukan lain Akta ini, termasuk seksyen ini, hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.
Perlindungan Data Peribadi 83
(8)
Seseorang yang tidak mematuhi suatu notis penguatkuasaan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Perubahan atau pembatalan notis penguatkuasaan