Malaysia legislation
Section 113
Seksyen 113
(a)
mana-mana premis telah digunakan bagi; atau
(b)
ada di dalam mana-mana premis keterangan yang perlu untuk menjalankan suatu penyiasatan mengenai, pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa pegawai diberi kuasa yang dinamakan dalam waran itu pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan, untuk memasuki premis itu dan jika perlu dengan menggunakan kekerasan.
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberikan kuasa penggeledahan dan penyitaan—
(a)
mana-mana komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain yang mengandungi atau yang semunasabahnya disyaki mengandungi maklumat mengenai apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan;
Perlindungan Data Peribadi 85
(b)
mana-mana papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran atau notis yang menyatakan atau yang menyiratkan bahawa orang itu didaftarkan di bawah Akta ini; atau
(c)
apa-apa kelengkapan, peralatan atau barang yang semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.
(3)
Seorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu.
(4)
Seorang pegawai diberi kuasa yang membuat pemeriksaan terhadap seseorang di bawah subseksyen (3) atau seksyen 114
boleh menyita atau mengambil milik, dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda selain pakaian yang perlu yang dijumpai pada orang itu, dan apa-apa benda sedemikian yang mengenainya ada sebab untuk mempercayai bahawa benda itu merupakan peralatan atau keterangan lain mengenai kesalahan itu boleh ditahan sehingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan.
(5)
Apabila perlu untuk menyebabkan seseorang perempuan diperiksa, pemeriksaan itu hendaklah dilakukan oleh seorang perempuan lain dengan penuh kesopanan.
(6)
Jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, pemindahan mana-mana komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang yang disita di bawah seksyen ini tidak dapat dilaksanakan, pegawai diberi kuasa hendaklah dengan apa-apa cara mengelak komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang itu di dalam premis atau bekas yang di dalamnya ia dijumpai.
(7)
Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (6)
atau memindahkan mana-mana komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Undang-Undang Malaysia 86
Akta 709
Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran