Malaysia legislation

Section 117

of AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Seksyen 117

Senarai komputer, buku, akaun, dsb., yang disita

(a)

hendaklah menyediakan—

(i)

suatu senarai komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang yang disita itu dan hendaklah menandatangani senarai itu; dan

(ii)

suatu notis bertulis mengenai penyitaan itu yang mengandungi alasan bagi penyitaan itu dan hendaklah menandatangani notis itu; dan

(b)

hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan menyampaikan suatu salinan senarai komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang yang disita dan notis bertulis mengenai penyitaan itu kepada penghuni premis yang telah digeledah, atau kepada ejen atau pekhidmatnya di dalam premis itu.

(2)

Notis bertulis mengenai penyitaan itu tidak dikehendaki untuk disampaikan menurut perenggan (1)(b) jika penyitaan itu dibuat dengan kehadiran orang yang terhadapnya prosiding di bawah Akta ini diniatkan untuk diambil, atau dengan kehadiran pemunya harta sedemikian atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Jika premis itu tidak diduduki, pegawai diberi kuasa hendaklah menampalkan suatu salinan senarai komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.

Undang-Undang Malaysia 88

Akta 709

Pelepasan komputer, buku, akaun, dsb., yang disita