Malaysia legislation

Section 120

of AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Seksyen 120

Halangan terhadap penggeledahan

(a)

enggan untuk memberi mana-mana pegawai diberi kuasa akses kepada mana-mana premis yang pegawai diberi kuasa itu berhak kepadanya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;

(b)

mengamang, menghalang, menggalang atau melengahkan mana-mana pegawai diberi kuasa dalam membuat apa-apa kemasukan yang pegawai diberi kuasa itu berhak membuatnya di bawah Akta ini, atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini; atau

(c)

enggan untuk memberi mana-mana pegawai diberi kuasa apa-apa maklumat berhubung dengan sesuatu kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini atau apa-apa maklumat lain yang boleh semunasabahnya dikehendaki daripadanya dan yang ada dalam pengetahuannya atau dalam kuasanya untuk memberikannya, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Kuasa untuk menghendaki pengemukaan komputer, buku, akaun, dsb.