Malaysia legislation

Section 121

of AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Seksyen 121

Seorang pegawai diberi kuasa hendaklah, bagi maksud pelaksanaan Akta ini, mempunyai kuasa untuk melakukan semua atau mana-mana yang berikut:

(a)

menghendaki pengemukaan mana-mana komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain yang disimpan oleh pengguna data atau mana-mana orang lain dan untuk memeriksa, meneliti dan memuat turun daripadanya, membuat salinannya atau mengambil cabutan daripadanya;

Undang-Undang Malaysia 90

Akta 709

(b)

menghendaki pengemukaan mana-mana dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubung dengan mana-mana perbuatan atau kesalahan di bawah Akta ini;

(c)

membuat apa-apa siasatan yang perlu untuk memastikan sama ada peruntukan Akta ini telah dipatuhi.

Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes