Malaysia legislation
Section 129
Seksyen 129
Perlindungan Data Peribadi 95
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), Menteri boleh menentukan mana-mana tempat di luar Malaysia jika—
(a)
di tempat itu ada berkuat kuasa mana-mana undang-undang yang sebahagian besarnya serupa dengan Akta ini, atau yang dapat digunakan bagi maksud yang sama seperti
Akta ini; atau
(b)
tempat itu memastikan suatu tahap perlindungan yang mencukupi berhubung dengan pemprosesan data peribadi yang sekurang-kurangnya setara dengan tahap perlindungan yang diberikan oleh Akta ini.
(3)
Walau apa pun subseksyen (1), seseorang pengguna data boleh memindahkan mana-mana data peribadi ke suatu tempat di luar Malaysia jika—
(a)
subjek data telah memberikan persetujuannya terhadap pemindahan itu;
(b)
pemindahan itu perlu bagi pelaksanaan suatu kontrak antara subjek data dengan pengguna data itu;
Undang-Undang Malaysia 96
Akta 709
(c)
pemindahan itu perlu bagi penyempurnaan atau pelaksanaan suatu kontrak antara pengguna data itu dengan suatu pihak ketiga yang—
(i)
dibuat atas permintaan subjek data itu; atau
(ii)
adalah untuk kepentingan subjek data;
(d)
pemindahan itu adalah bagi maksud mana-mana prosiding undang-undang atau bagi maksud untuk mendapatkan nasihat undang-undang atau untuk mewujudkan, menjalankan atau mempertahankan hak di sisi undang-undang;
(e)
pengguna data itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa dalam segala hal keadaan mengenai hal itu—
(i)
pemindahan itu adalah bagi mengelakkan atau mengurangkan tindakan yang memudaratkan terhadap subjek data;
(ii)
adalah tidak praktikal untuk mendapatkan persetujuan subjek data secara bertulis mengenai pemindahan itu; dan
(iii)
jika adalah praktikal untuk mendapatkan persetujuan itu, subjek data itu akan memberikan persetujuannya;
(f)
pengguna data itu telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk memastikan bahawa data peribadi itu tidak akan diproses di tempat itu mengikut apa-apa cara yang, sekiranya tempat itu ialah Malaysia, akan menjadi suatu pelanggaran Akta ini;
(g)
pemindahan itu perlu untuk melindungi kepentingan vital subjek data; atau
(h)
pemindahan itu perlu oleh sebab ia berkepentingan awam dalam hal keadaan yang ditentukan oleh Menteri.
Perlindungan Data Peribadi 97
(4)
Jika Pesuruhjaya mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa di tempat yang ditentukan di bawah subseksyen (1) tidak ada lagi berkuat kuasa mana-mana undang-undang yang sebahagian besarnya serupa dengan Akta ini, atau yang dapat digunakan bagi maksud yang sama seperti Akta ini—
(a)
Pesuruhjaya hendaklah membuat apa-apa syor kepada
Menteri yang hendaklah, sama ada dengan membatalkan atau meminda pemberitahuan yang dibuat di bawah subseksyen (1), menyebabkan tempat itu terhenti menjadi suatu tempat yang kepadanya data peribadi boleh dipindahkan di bawah seksyen ini; dan
(b)
pengguna data itu hendaklah berhenti memindahkan apa-apa data peribadi mengenai seorang subjek data kepada tempat itu berkuat kuasa mulai dari tempoh yang ditentukan oleh Menteri dalam pemberitahuan itu.
(5)
Seseorang pengguna data yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(6)
Bagi maksud seksyen ini, “tindakan yang memudaratkan”, berhubung dengan seorang subjek data, ertinya apa-apa tindakan yang boleh membawa kesan yang memudaratkan terhadap hak, faedah, keistimewaan, obligasi atau kepentingan subjek data itu.
Pengumpulan, dsb., data peribadi yang menyalahi undang-undang