Malaysia legislation

Section 130

of AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Seksyen 130

(a)

mengumpul atau menzahirkan data peribadi yang dipegang oleh pengguna data itu; atau

(b)

menyebabkan penzahiran data peribadi yang dipegang oleh pengguna data itu kepada orang lain.

Undang-Undang Malaysia 98

Akta 709

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai bagi seseorang yang menunjukkan—

(a)

bahawa pengumpulan atau penzahiran data peribadi itu atau perihal menyebabkan penzahiran data peribadi itu—

(i)

adalah perlu bagi maksud menghalang atau mengesan sesuatu jenayah atau bagi maksud penyiasatan; atau

(ii)

adalah dikehendaki atau dibenarkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang atau oleh perintah suatu mahkamah;

(b)

bahawa dia bertindak dengan kepercayaan yang munasabah bahawa dia ada hak di sisi undang-undang untuk mengumpul atau menzahirkan data peribadi itu atau untuk menyebabkan penzahiran data peribadi itu kepada orang lain;

(c)

bahawa dia bertindak dengan kepercayaan yang munasabah bahawa dia akan mendapat persetujuan pengguna data jika pengguna data itu mengetahui mengenai pengumpulan atau penzahiran data peribadi itu atau perihal menyebabkan penzahiran data peribadi itu dan hal keadaan mengenainya;

atau

(d)

bahawa pengumpulan atau penzahiran data peribadi itu atau perihal menyebabkan penzahiran data peribadi itu adalah berjustifikasi oleh sebab ia berkepentingan awam dalam hal keadaan yang ditentukan oleh Menteri.

(3)

Seseorang yang mengumpul atau menzahirkan data peribadi atau menyebabkan penzahiran data peribadi dengan melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

(4)

Seseorang yang menjual data peribadi melakukan suatu kesalahan jika dia telah mengumpul data peribadi itu dengan melanggar subseksyen (1).

Perlindungan Data Peribadi 99

(5)

Seseorang yang menawarkan untuk menjual data peribadi melakukan suatu kesalahan jika—

(a)

dia telah mengumpul data peribadi itu dengan melanggar subseksyen (1); atau

(b)

dia kemudiannya mengumpul data peribadi itu dengan melanggar subseksyen (1).

(6)

Bagi maksud subseksyen (5), sesuatu iklan yang menunjukkan bahawa data peribadi adalah untuk dijual atau mungkin akan dijual merupakan suatu tawaran untuk menjual data peribadi itu.

(7)

Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pensubahatan dan cubaan boleh dihukum sebagai kesalahan

Section 130 — AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010