Malaysia legislation

Section 132

of AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Seksyen 132

(2)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Pesuruhjaya, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(3)

Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran mengkompaun itu dibuat, dan mana-mana komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan atau dilucuthakkan oleh Pesuruhjaya, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut untuk dikenakan mengikut syarat kompaun itu.

(4)

Semua jumlah wang yang diterima oleh Pesuruhjaya di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan

Wang Disatukan Persekutuan.

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

Section 132 — AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010