Malaysia legislation
Section 136
Seksyen 136
Penyampaian notis atau dokumen lain
(a)
dengan menghantar serah notis atau dokumen lain itu kepada orang itu;
(b)
dengan meninggalkan notis atau dokumen lain itu di alamat kediaman atau tempat perniagaan orang itu yang terakhir diketahui dalam suatu sampul yang ditujukan kepada orang itu; atau
(c)
dengan menghantarkan notis atau dokumen lain itu melalui pos dalam suatu surat berdaftar Akuan Terima yang ditujukan kepada orang itu di alamat kediamannya atau tempat perniagaannya yang terakhir diketahui.
(2)
Jika orang yang kepadanya telah ditujukan suatu surat berdaftar Akuan Terima yang mengandungi apa-apa notis atau dokumen lain yang boleh diberikan di bawah Akta ini diberitahu mengenai hakikat bahawa terdapat suatu surat berdaftar
Akuan Terima yang sedang menunggunya di pejabat pos, dan orang itu enggan atau abai untuk mengambil surat berdaftar
Akuan Terima itu, notis atau dokumen lain itu hendaklah disifatkan telah disampaikan kepadanya pada tarikh dia diberitahu sedemikian.
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948