Malaysia legislation

Section 141

of AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Seksyen 141

Akta 709

(a)

Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya, Penolong

Pesuruhjaya, mana-mana pegawai atau pekhidmat

Pesuruhjaya, mana-mana anggota Jawatankuasa

Penasihat, mana-mana anggota, pegawai atau pekhidmat

Tribunal Rayuan, mana-mana pegawai diberi kuasa atau mana-mana orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Jawatankuasa

Penasihat, sama ada semasa atau selepas tempoh jawatan atau penggajiannya, tidak boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang diperoleh olehnya semasa menjalankan kewajipannya; dan

Perlindungan Data Peribadi 105

(b)

tiada seorang lain yang telah melalui apa-apa cara mendapat akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubung dengan hal ehwal Pesuruhjaya boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu.

(2)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Benda yang dilakukan dalam menjangkakan Akta ini akan diperbuat