Malaysia legislation
Section 142
Seksyen 142
Segala perbuatan dan benda yang dilakukan oleh mana-mana orang sebagai persediaan bagi atau dalam menjangkakan Akta ini diperbuat dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya hendaklah disifatkan telah dibenarkan di bawah Akta ini, dengan syarat bahawa perbuatan dan benda yang dilakukan itu adalah selaras dengan niat dan maksud am Akta ini; dan segala hak dan obligasi yang diperoleh atau ditanggung akibat pelakuan perbuatan atau benda itu termasuk apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya, hendaklah apabila Akta ini mula berkuat kuasa disifatkan sebagai hak dan obligasi Pesuruhjaya.