Malaysia legislation
Section 143
Seksyen 143
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi segala atau mana-mana maksud yang berikut:
(a)
untuk mengawal selia semua perkara yang berhubung dengan pendaftaran pengguna data di bawah Akta ini, termasuk menetapkan fi pendaftaran dan fi pembaharuan;
(b)
untuk mengawal selia semua perkara yang perlu bagi pelaksanaan Prinsip Perlindungan Data Peribadi;
Undang-Undang Malaysia 106
Akta 709
(c)
untuk mengawal selia tatacara berkenaan dengan pemeriksaan sistem data peribadi, penyiasatan aduan dan pengeluaran notis penguatkuasaan, dan semua perkara lain yang berhubung dengannya;
(d)
untuk menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun dan borang yang hendak digunakan dan kaedah dan tatacara bagi pengkompaunan kesalahan itu;
(e)
untuk memperuntukkan dan menetapkan apa-apa fi yang kena dibayar berkaitan dengan penyediaan apa-apa perkhidmatan atau apa-apa perkara di bawah
Akta ini;
(f)
untuk menetapkan apa-apa perkara yang baginya Akta ini membuat peruntukan nyata supaya dibuat melalui peraturan-peraturan;
(g)
untuk menetapkan semua perkara lain yang perlu atau suai manfaat untuk ditetapkan bagi melaksanakan
Akta ini.
(3)
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini atau mana-mana perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah
Akta ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang berlanggaran dengan peraturan-peraturan atau perundangan subsidiari lain itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Pencegahan anomali