Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
Akta 709
(2)
Tiap-tiap permohonan untuk pendaftaran hendaklah disertai dengan fi pendaftaran yang ditetapkan dan apa-apa dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya.
(3)
Pesuruhjaya boleh secara bertulis pada bila-bila masa selepas menerima permohonan dan sebelum permohonan itu diputuskan, menghendaki pemohon untuk memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan dalam tempoh masa yang dinyatakan oleh
Pesuruhjaya.
(4)
Jika kehendak di bawah subseksyen (3) tidak dipatuhi, permohonan untuk pendaftaran hendaklah disifatkan telah ditarik balik oleh pemohon dan tidak boleh diteruskan oleh Pesuruhjaya, tetapi tanpa menjejaskan suatu permohonan baru dibuat oleh pemohon.
Perakuan pendaftaran