Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
(a)
mendaftarkan pemohon dan mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran kepada pemohon itu dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Pesuruhjaya; atau
(b)
menolak permohonan itu.
Perlindungan Data Peribadi 25
(2)
Perakuan pendaftaran boleh dikeluarkan tertakluk pada apa-apa syarat atau sekatan yang difikirkan wajar untuk dikenakan oleh Pesuruhjaya.
(3)
Jika Pendaftar menolak permohonan untuk pendaftaran menurut subseksyen (1), dia hendaklah memaklumkan pemohon melalui suatu notis bertulis bahawa permohonan itu ditolak dan sebab-sebab baginya.
(4)
Seseorang yang berada dalam golongan pengguna data yang dinyatakan dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen 14(1)
dan yang memproses data peribadi tanpa suatu perakuan pendaftaran yang dikeluarkan menurut perenggan 16(1)(a) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pembaharuan perakuan pendaftaran