Malaysia legislation

Section 21

of AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Seksyen 21

(a)

keanggotaan badan itu terbuka kepada semua pengguna data dalam golongan itu;

Undang-Undang Malaysia 28

Akta 709

(b)

badan itu berupaya untuk melaksanakan sebagaimana yang dikehendaki di bawah peruntukan yang berkaitan

Akta ini; dan

(c)

badan itu mempunyai perlembagaan bertulis.

(2)

Badan itu hendaklah bersetuju secara bertulis untuk menjadi suatu forum pengguna data sebelum penamaan itu didaftarkan oleh Pesuruhjaya dalam Daftar Forum Pengguna Data.

(3)

Pesuruhjaya boleh memutuskan bahawa suatu badan yang sedia ada yang sebelum ini dinamakan sebagai suatu forum pengguna data di bawah subseksyen (1) tidak lagi menjadi forum pengguna data bagi maksud Akta ini, jika dia berpuas hati bahawa badan itu tidak lagi memenuhi kehendak yang dinyatakan dalam subseksyen itu.

(4)

Jika Pesuruhjaya memutuskan bahawa suatu badan yang sedia ada yang telah dinamakan sebagai suatu forum pengguna data tidak lagi menjadi forum pengguna data bagi maksud

Akta ini, dia hendaklah menarik balik penamaan itu dan kemudiannya membatalkan pendaftaran penamaan itu dalam

Daftar Forum Pengguna Data.

(5)

Suatu penamaan atau penarikan balik penamaan di bawah seksyen ini hendaklah mula berkuat kuasa dari tarikh pendaftaran penamaan itu atau tarikh pembatalan pendaftaran penamaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau apa-apa tarikh terkemudian yang dinyatakan oleh Pesuruhjaya.

Daftar Forum Pengguna Data