Malaysia legislation

Section 23

of AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Seksyen 23

(a)

atas inisiatifnya sendiri; atau

(b)

atas permintaan Pesuruhjaya.

(2)

Forum pengguna data hendaklah, dalam menyediakan suatu tataamalan di bawah subseksyen (1), menimbangkan perkara termasuk—

(a)

maksud bagi pemprosesan data peribadi oleh pengguna data atau golongan pengguna data;

(b)

pandangan subjek data atau kumpulan yang mewakili subjek data;

(c)

pandangan pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan, jika ada, yang kepadanya pengguna data itu tertakluk;

dan

(d)

bahawa tataamalan itu, apabila mengambil kira semua perkara dalam perenggan (a), (b) dan (c) dan apa-apa perkara lain, memberikan suatu tahap perlindungan yang mencukupi bagi data peribadi subjek data yang berkenaan.

(3)

Pesuruhjaya boleh mendaftarkan tataamalan yang disediakan menurut subseksyen (1), jika Pesuruhjaya berpuas hati bahawa—

(a)

tataamalan itu adalah selaras dengan peruntukan Akta ini;

dan

(b)

perkara yang dinyatakan dalam subseksyen (2) telah diberi pertimbangan yang sewajarnya.

(4)

Tataamalan di bawah subseksyen (1) hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh pendaftaran tataamalan itu oleh Pesuruhjaya dalam Daftar Tataamalan.

Undang-Undang Malaysia 30

Akta 709

(5)

Jika Pesuruhjaya enggan mendaftarkan tataamalan itu,

Pesuruhjaya hendaklah memberitahu forum pengguna data yang berkaitan mengenai keputusannya secara bertulis dan memberikan sebab-sebab bagi keputusannya.

(6)

Jika Pesuruhjaya tidak mendaftarkan dan tidak juga enggan mendaftarkan suatu tataamalan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penerimaan tataamalan itu olehnya untuk pendaftaran,

Pesuruhjaya hendaklah disifatkan telah enggan mendaftarkan tataamalan itu.

(7)

Pesuruhjaya boleh mendaftarkan tataamalan yang berlainan bagi golongan pengguna data yang berlainan.

(8)

Pesuruhjaya dan pengguna data hendaklah menjadikan tersedia bagi orang awam mana-mana tataamalan yang didaftarkan di bawah subseksyen (3).

Pesuruhjaya boleh mengeluarkan tataamalan

Section 23 — AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 | mylaw.my