Malaysia legislation

Section 24

of AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Seksyen 24

(a)

suatu tataamalan tidak disediakan di bawah perenggan 23(1)(a);

(b)

Pesuruhjaya berpuas hati bahawa suatu tataamalan bagi suatu golongan pengguna data yang khusus tidak mungkin akan disediakan oleh forum pengguna data yang berkaitan dalam tempoh yang ditentukan oleh Pesuruhjaya; atau

(c)

tidak ada forum pengguna data untuk membangunkan tataamalan yang berkaitan bagi golongan pengguna data itu.

(2)

Pesuruhjaya hendaklah, sebelum mengeluarkan suatu tataamalan di bawah subseksyen (1), menimbangkan perkara termasuk—

(a)

maksud bagi pemprosesan data peribadi oleh pengguna data atau golongan pengguna data;

Perlindungan Data Peribadi 31

(b)

pandangan pengguna data atau kumpulan yang mewakili pengguna data, yang baginya tataamalan itu terpakai;

(c)

pandangan subjek data atau kumpulan yang mewakili subjek data;

(d)

pandangan pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan, jika ada, yang kepadanya pengguna data itu tertakluk;

dan

(e)

bahawa tataamalan itu, apabila mengambil kira semua perkara dalam perenggan (a), (b) dan (c) dan apa-apa perkara lain, memberikan suatu tahap perlindungan yang mencukupi bagi data peribadi mengenai subjek data yang berkenaan.

(3)

Pesuruhjaya boleh mengeluarkan tataamalan yang berlainan bagi golongan pengguna data yang berlainan.

(4)

Tataamalan yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya di bawah subseksyen (1) hendaklah didaftarkan dalam Daftar Tataamalan.

(5)

Tataamalan di bawah subseksyen (1) hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh pendaftaran tataamalan itu oleh Pesuruhjaya.

(6)

Pesuruhjaya hendaklah menjadikan tersedia bagi orang awam mana-mana tataamalan yang dikeluarkan olehnya di bawah subseksyen (1).

Tataamalan yang terpakai