Malaysia legislation

Section 25

of AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Seksyen 25

(2)

Semua pengguna data yang tergolong dalam suatu golongan pengguna data hendaklah mematuhi tataamalan berdaftar yang berkaitan yang terpakai bagi golongan pengguna data itu pada sesuatu masa tertentu.

Undang-Undang Malaysia 32

Akta 709

(3)

Jika suatu tataamalan didaftarkan oleh Pesuruhjaya di bawah seksyen 23 atau 24, Pesuruhjaya hendaklah memberitahu, mengikut apa-apa cara yang ditentukan olehnya, golongan pengguna data yang berkaitan yang baginya tataamalan itu terpakai—

(a)

mengenai identiti tataamalan yang berkenaan dan tarikh yang tataamalan itu akan mula berkuat kuasa; dan

(b)

mengenai kehendak khusus di bawah Akta ini yang baginya tataamalan itu dikeluarkan dan didaftarkan.

(4)

Jika terdapat apa-apa ketidakpastian atau ketaksaan tentang yang mana satu tataamalan yang terpakai bagi pengguna data atau golongan pengguna data tertentu, pengguna data itu atau orang yang berkenaan itu boleh memohon kepada Pesuruhjaya untuk mendapatkan pandangannya tentang tataamalan yang mana satu yang merupakan tataamalan yang terpakai berhubung dengan hal keadaan pengguna data atau orang itu.

(5)

Pesuruhjaya hendaklah memberikan pandangannya dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penerimaan permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (4).

(6)

Pesuruhjaya hendaklah, apabila memberikan pandangannya di bawah subseksyen (5), mengambil kira mana-mana pandangan terdahulu yang berkaitan, jika ada.

(7)

Pesuruhjaya boleh menarik balik suatu pandangan yang dibuat di bawah seksyen ini jika Pesuruhjaya berpuas hati bahawa sifat aktiviti yang dalamnya pengguna data itu terlibat telah berubah secara material.

Pembatalan, dsb., tataamalan

Section 25 — AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 | mylaw.my