Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(a)
mana-mana orang yang memproses; dan
(b)
mana-mana orang yang mempunyai kawalan terhadap atau membenarkan pemprosesan, apa-apa data peribadi berkenaan dengan transaksi komersial.
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 709
(2)
Tertakluk pada subseksyen (1), Akta ini terpakai bagi seseorang berkenaan dengan data peribadi jika—
(a)
orang itu ditubuhkan di Malaysia dan data peribadi itu diproses, sama ada dalam konteks pertubuhan itu atau tidak, oleh orang itu atau mana-mana orang lain yang diambil kerja atau diguna khidmat oleh pertubuhan itu;
atau
(b)
orang itu tidak ditubuhkan di Malaysia, tetapi menggunakan kelengkapan di Malaysia bagi memproses data peribadi itu selain bagi maksud transit melalui Malaysia.
(3)
Seseorang yang diliputi oleh perenggan (2)(b) hendaklah menamakan bagi maksud Akta ini seorang wakil yang ditubuhkan di Malaysia.
(4)
Bagi maksud subseksyen (2) dan (3), setiap yang berikut hendaklah dianggap sebagai ditubuhkan di Malaysia:
(a)
seseorang individu yang kehadirannya secara fizikal di Malaysia hendaklah tidak kurang daripada satu ratus lapan puluh hari dalam satu tahun kalendar;
(b)
sesuatu badan yang diperbadankan di bawah
*Akta Syarikat 1965 [Akta 125];
(c)
sesuatu perkongsian atau persatuan yang tidak diperbadankan lain yang dibentuk di bawah mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia; dan
(d)
mana-mana orang yang tidak diliputi oleh perenggan (a), (b)
atau (c) tetapi menyenggara di Malaysia—
(i)
suatu pejabat, cawangan atau agensi yang melaluinya dia menjalankan apa-apa aktiviti; atau
(ii)
suatu amalan tetap.
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017 – lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Perlindungan Data Peribadi 13
Ketidakpakaian