Malaysia legislation

Section 31

of AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Seksyen 31

(2)

Seseorang pengguna data yang tidak dapat mematuhi permintaan mengakses data dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1) hendaklah sebelum habis tempoh itu—

(a)

melalui notis bertulis memaklumkan peminta itu bahawa dia tidak dapat mematuhi permintaan mengakses data itu dalam tempoh itu dan sebab-sebab dia tidak boleh berbuat demikian; dan

(b)

mematuhi permintaan mengakses data itu setakat yang dia boleh berbuat demikian.

Undang-Undang Malaysia 36

Akta 709

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), pengguna data hendaklah mematuhi permintaan mengakses data itu keseluruhannya tidak lewat daripada empat belas hari selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1).

Hal keadaan yang pengguna data boleh enggan mematuhi permintaan mengakses data