Malaysia legislation
Section 32
Seksyen 32
(a)
pengguna data itu tidak diberi apa-apa maklumat yang dikehendaki dengan munasabah olehnya—
(i)
untuk memuaskan hatinya tentang identiti peminta itu; atau
(ii)
jika peminta itu menuntut bahawa dia ialah seorang yang berkaitan, untuk memuaskan hatinya—
(A)
tentang identiti subjek data yang berhubung dengannya peminta itu menuntut bahawa dia ialah orang yang berkaitan; dan bahawa peminta itu ialah orang yang berkaitan berhubung dengan subjek data itu;
(b)
pengguna data itu tidak diberi apa-apa maklumat sebagaimana yang dikehendaki dengan munasabah olehnya untuk mengesan data peribadi yang dengannya permintaan mengakses data itu adalah berhubungan;
(c)
beban atau perbelanjaan untuk memberikan akses tidak setimpal dengan risiko kepada privasi subjek data itu berhubung dengan data peribadi dalam hal yang berkenaan;
Perlindungan Data Peribadi 37
(d)
pengguna data tidak dapat mematuhi permintaan mengakses data tanpa menzahirkan data peribadi yang berhubung dengan individu lain yang dapat dikenal pasti daripada maklumat itu, melainkan jika—
(i)
individu lain itu telah memberikan persetujuan terhadap penzahiran maklumat itu kepada peminta;
atau
(ii)
adalah munasabah dalam segala hal keadaan itu untuk mematuhi permintaan mengakses data itu tanpa persetujuan individu lain itu;
(e)
tertakluk pada subseksyen (3), mana-mana pengguna data lain mengawal pemprosesan data peribadi yang dengannya permintaan mengakses data itu adalah berhubung dengan apa-apa cara yang melarang pengguna data yang mula-mula disebut itu daripada mematuhi, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, dengan permintaan mengakses data itu;
(f)
memberikan akses akan menjadi pelanggaran suatu perintah mahkamah;
(g)
memberikan akses akan menzahirkan maklumat komersial yang sulit; atau
(h)
apa-apa akses kepada data peribadi itu dikawal selia oleh undang-undang lain.
(2)
Dalam menentukan bagi maksud subperenggan (1)(d)(ii), sama ada munasabah dalam segala hal keadaan itu untuk mematuhi permintaan mengakses data tanpa persetujuan individu lain itu, perhatian hendaklah diberikan, secara khususnya, kepada—
(a)
apa-apa kewajipan kerahsiaan kepada individu lain itu;
(b)
apa-apa langkah yang diambil oleh pengguna data dengan tujuan untuk mendapatkan persetujuan individu lain itu;
(c)
sama ada individu lain itu berupaya memberikan persetujuan;
dan
(d)
apa-apa keengganan nyata untuk memberikan persetujuan oleh individu lain itu.
Undang-Undang Malaysia 38
Akta 709
(3)
Perenggan (1)(e) tidak boleh berkuat kuasa sehingga membenarkan pengguna data untuk tidak mematuhi permintaan mengakses data di bawah subseksyen 30(2) ke apa-apa takat yang pengguna data itu dapat mematuhi permintaan mengakses data tanpa melanggar larangan yang berkenaan.
Pemberitahuan mengenai keengganan mematuhi permintaan mengakses data