Malaysia legislation
Section 34
Seksyen 34
(a)
suatu salinan data peribadi telah diberikan oleh pengguna data pada mematuhi permintaan mengakses data di bawah seksyen 30 dan peminta menganggap bahawa data peribadi itu tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini; atau
(b)
subjek data itu mengetahui bahawa data peribadinya yang dipegang oleh pengguna data itu adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini, peminta atau subjek data itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh membuat suatu permintaan pembetulan data secara bertulis kepada pengguna data supaya pengguna data itu membuat pembetulan yang perlu kepada data peribadi itu.
Perlindungan Data Peribadi 39
(2)
Jika seorang pengguna data tidak memegang data peribadi itu, tetapi mengawal pemprosesan data peribadi itu dalam apa-apa cara yang melarang pengguna data yang memegang data peribadi itu daripada mematuhi, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, permintaan pembetulan data di bawah subseksyen (1)
yang berhubung dengan data peribadi itu, pengguna data yang mula-mula disebut itu hendaklah disifatkan pengguna data yang kepadanya permintaan sedemikian boleh dibuat dan peruntukan
Akta ini hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.
Pematuhan permintaan pembetulan data