Malaysia legislation

Section 35

of AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Seksyen 35

(a)

membuat pembetulan yang perlu kepada data peribadi itu;

(b)

memberi peminta suatu salinan data peribadi yang telah dibetulkan; dan

(c)

tertakluk pada subseksyen (4), jika—

(i)

data peribadi itu telah dizahirkan kepada suatu pihak ketiga dalam masa dua belas bulan sebaik sebelum hari yang pembetulan itu dibuat; dan

(ii)

pengguna data itu tidak mempunyai apa-apa sebab untuk mempercayai bahawa pihak ketiga itu telah berhenti menggunakan data peribadi bagi maksud, termasuklah apa-apa maksud yang berkaitan secara langsung, yang baginya data peribadi itu telah dizahirkan kepada pihak ketiga itu, mengambil segala langkah praktikal untuk memberi pihak ketiga suatu salinan data peribadi yang telah dibetulkan sedemikian berserta dengan suatu notis bertulis yang menyatakan sebab-sebab bagi pembetulan itu.

Undang-Undang Malaysia 40

Akta 709

(2)

Seseorang pengguna data yang tidak dapat mematuhi permintaan pembetulan data dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1) hendaklah sebelum habis tempoh itu—

(a)

melalui notis bertulis memaklumkan peminta bahawa dia tidak dapat mematuhi permintaan pembetulan data dalam tempoh itu dan sebab-sebab kenapa dia tidak dapat berbuat demikian; dan

(b)

mematuhi permintaan pembetulan data itu ke apa-apa takat yang dapat dibuat olehnya.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), pengguna data hendaklah mematuhi keseluruhan permintaan pembetulan data itu tidak lewat daripada empat belas hari selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1).

(4)

Seseorang pengguna data tidak dikehendaki untuk mematuhi perenggan (1)(c) dalam apa-apa hal jika penzahiran data peribadi kepada pihak ketiga terdiri daripada pemeriksaan sendiri daftar oleh pihak ketiga itu—

(a)

yang dalamnya data peribadi itu dimasukkan atau selainnya direkodkan; dan

(b)

yang tersedia untuk pemeriksaan oleh orang awam.

(5)

Jika seseorang pengguna data diminta untuk membetulkan data peribadi di bawah subseksyen 34(1) dan data peribadi itu sedang diproses oleh pengguna data lain yang berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk memberikan maklum balas kepada permintaan pembetulan data itu—

(a)

pengguna data yang mula-mula disebut itu hendaklah dengan serta-merta memindahkan permintaan pembetulan data itu kepada pengguna data itu, dan memberitahu peminta itu mengenai fakta ini; dan

(b)

seksyen 34, 35, 36 dan 37 hendaklah terpakai seolah-olah sebutan dalamnya kepada seorang pengguna data ialah sebutan kepada pengguna data lain itu.

Perlindungan Data Peribadi 41

Hal keadaan yang pengguna data boleh enggan mematuhi permintaan pembetulan data