Malaysia legislation
Section 36
Seksyen 36
(a)
pengguna data itu tidak diberi apa-apa maklumat yang dikehendaki dengan munasabah olehnya—
(i)
untuk memuaskan hatinya tentang identiti peminta itu; atau
(ii)
jika peminta itu menuntut bahawa dia ialah seorang yang berkaitan, untuk memuaskan hatinya—
(A)
tentang identiti subjek data yang berhubung dengannya peminta itu menuntut bahawa dia ialah seorang yang berkaitan itu; dan bahawa peminta itu ialah orang yang berkaitan berhubung dengan subjek data itu;
(b)
pengguna data itu tidak diberi apa-apa maklumat yang dikehendaki dengan munasabah olehnya untuk menentukan bagaimana data peribadi yang dengannya permintaan pembetulan data itu adalah berhubungan adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini;
(c)
pengguna data itu tidak berpuas hati bahawa data peribadi yang dengannya permintaan pembetulan data itu adalah berhubungan adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini;
(d)
pengguna data itu tidak berpuas hati bahawa pembetulan yang menjadi subjek permintaan pembetulan data itu adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan atau terkini; atau
(e)
tertakluk pada subseksyen (2), mana-mana pengguna data lain mengawal pemprosesan data peribadi yang dengannya permintaan pembetulan data itu adalah berhubung dengan apa-apa cara yang melarang pengguna data yang mula-mula disebut itu daripada mematuhi, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, permintaan pembetulan data itu.
Undang-Undang Malaysia 42
Akta 709
(2)
Perenggan (1)(e) tidak boleh berkuat kuasa sehingga membenarkan pengguna data untuk tidak mematuhi subseksyen 35(1)
berhubung dengan permintaan pembetulan data itu ke apa-apa takat yang pengguna data itu dapat mematuhi subseksyen itu tanpa melanggar larangan yang berkenaan.
Pemberitahuan mengenai keengganan untuk mematuhi permintaan pembetulan data