Malaysia legislation
Section 37
Seksyen 37
(a)
mengenai keengganan itu dan sebab-sebab bagi keengganan itu; dan
(b)
jika perenggan 36(1)(e) terpakai, mengenai nama dan alamat pengguna data lain yang berkenaan.
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), jika data peribadi yang dengannya permintaan pembetulan data itu adalah berhubungan merupakan suatu penyataan pendapat dan pengguna data itu tidak berpuas hati bahawa penyataan pendapat itu tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini, pengguna data itu hendaklah—
(a)
membuat suatu catatan, sama ada dilampirkan pada data peribadi itu atau di tempat lain—
(i)
mengenai perkara yang berkenaan dengannya penyataan pendapat itu dianggap oleh peminta sebagai tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini; dan
(ii)
dalam apa-apa cara supaya data peribadi itu tidak dapat digunakan oleh mana-mana orang tanpa catatan itu dibawa kepada perhatian dan tersedia untuk pemeriksaan oleh orang itu; dan
(b)
melampirkan suatu salinan catatan itu pada notis yang disebut dalam subseksyen (1) yang berhubung dengan permintaan pembetulan data itu.
Perlindungan Data Peribadi 43
(3)
Dalam seksyen ini, “penyataan pendapat” termasuklah suatu kenyataan fakta yang tidak dapat ditentusahkan atau dalam segala hal keadaan mengenai hal itu penentusahannya tidak dapat dilaksanakan.
(4)
Seseorang pengguna data yang melanggar subseksyen (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Penarikan balik persetujuan untuk memproses data peribadi