Malaysia legislation

Section 38

of AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Seksyen 38

(2)

Pengguna data itu hendaklah, apabila diterima notis di bawah subseksyen (1), berhenti memproses data peribadi itu.

(3)

Kegagalan subjek data untuk menjalankan hak yang diberikan oleh subseksyen (1) tidak menjejaskan mana-mana hak lain yang diberikan kepadanya oleh Bahagian ini.

(4)

Seseorang pengguna data yang melanggar subseksyen (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Takat penzahiran data peribadi