Malaysia legislation

Section 39

of AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Seksyen 39

Walau apa pun seksyen 8, data peribadi seseorang subjek data boleh dizahirkan oleh seorang pengguna data bagi apa-apa maksud selain maksud yang baginya data peribadi itu sepatutnya dizahirkan pada masa pengumpulannya atau apa-apa maksud lain yang berkaitan secara langsung dengan maksud itu, hanya di bawah hal keadaan yang berikut:

(a)

subjek data itu telah memberikan persetujuannya bagi penzahiran itu;

Undang-Undang Malaysia 44

Akta 709

(b)

penzahiran itu—

(i)

perlu bagi maksud mencegah atau mengesan suatu jenayah, atau bagi maksud penyiasatan; atau

(ii)

dikehendaki atau dibenarkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang atau oleh perintah suatu mahkamah;

(c)

pengguna data bertindak atas kepercayaan yang munasabah bahawa dia ada hak di sisi undang-undang untuk menzahirkan data peribadi itu kepada orang lain itu;

(d)

pengguna data bertindak atas kepercayaan yang munasabah bahawa dia akan mendapat persetujuan subjek data jika subjek data itu mengetahui tentang penzahiran data peribadi itu dan hal keadaan mengenai penzahiran itu;

atau

(e)

penzahiran itu berjustifikasi oleh sebab ia berkepentingan awam dalam hal keadaan yang ditentukan oleh Menteri.

Pemprosesan data peribadi sensitif

Section 39 — AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 | mylaw.my