Malaysia legislation
Section 40
Seksyen 40
(a)
subjek data telah memberikan persetujuannya secara nyata bagi pemprosesan data peribadi itu;
(b)
pemprosesan itu perlu—
(i)
bagi maksud menjalankan atau melaksanakan apa-apa hak atau obligasi yang diberikan atau dikenakan oleh undang-undang terhadap pengguna data yang berkaitan dengan pengambilan kerja;
Perlindungan Data Peribadi 45
(ii)
untuk melindungi kepentingan vital subjek data atau orang lain, dalam hal jika—
(A)
persetujuan tidak dapat diberikan oleh atau bagi pihak subjek data itu; atau pengguna data tidak boleh semunasabahnya dijangka untuk mendapat persetujuan subjek data itu;
(iii)
untuk melindungi kepentingan vital orang lain, dalam hal jika persetujuan oleh atau bagi pihak subjek data telah tidak diberikan dengan semunasabahnya;
(iv)
bagi maksud perubatan dan dilakukan oleh—
(A)
seorang profesional jagaan kesihatan; atau seseorang yang dalam hal keadaan itu mempunyai kewajipan kerahsiaan yang bersamaan dengan kewajipan kerahsiaan yang akan berbangkit jika orang itu merupakan seorang profesional jagaan kesihatan;
(v)
bagi maksud, atau yang berkaitan dengan, apa-apa prosiding undang-undang;
(vi)
bagi maksud mendapatkan nasihat undang-undang;
(vii)
bagi maksud membuktikan, menjalankan atau mempertahankan hak di sisi undang-undang;
(viii)
bagi pentadbiran keadilan;
(ix)
bagi menjalankan apa-apa fungsi yang diberikan kepada mana-mana orang oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis; atau
(x)
bagi apa-apa maksud lain yang difikirkan patut oleh Menteri; atau
(c)
maklumat yang terkandung dalam data peribadi itu telah diumumkan kepada orang awam akibat langkah yang diambil dengan sengaja oleh subjek data.
Undang-Undang Malaysia 46
Akta 709
(2)
Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengecualikan pemakaian subperenggan (1)(b)(i), (viii) atau (ix)
dalam mana-mana hal yang dinyatakan dalam perintah itu, atau memperuntukkan bahawa, dalam mana-mana hal yang dinyatakan dalam perintah itu, syarat dalam subperenggan (1)(b)(i), (viii) atau (ix)
tidak boleh dianggap sebagai dipenuhi melainkan jika apa-apa syarat tambahan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu juga dipenuhi.
(3)
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(4)
Bagi maksud seksyen ini—
“maksud perubatan” termasuklah maksud perubatan pencegahan, diagnosis perubatan, penyelidikan perubatan, pemulihan dan penyediaan jagaan dan rawatan dan pengurusan perkhidmatan jagaan kesihatan;
“perkhidmatan jagaan kesihatan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan
Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586];
“profesional jagaan kesihatan” ertinya pengamal perubatan, pengamal pergigian, ahli farmasi, ahli psikologi klinikal, jururawat, bidan, pembantu perubatan, ahli fisioterapi, ahli terapi pekerjaan dan profesional jagaan kesihatan berkaitan yang lain dan mana-mana orang lain yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan perubatan, kesihatan, pergigian, farmaseutikal dan apa-apa perkhidmatan jagaan kesihatan lain yang di bawah bidang kuasa
Kementerian Kesihatan.
Pengumpulan data peribadi secara berulang dalam hal keadaan yang sama