Malaysia legislation

Section 42

of AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Seksyen 42

(a)

memberhentikan pemprosesan atau pemprosesan bagi suatu maksud yang tertentu atau mengikut cara yang tertentu;

atau

(b)

tidak memulakan pemprosesan atau pemprosesan bagi suatu maksud yang tertentu atau mengikut cara yang tertentu,

Undang-Undang Malaysia 48

Akta 709

apa-apa data peribadi yang berkenaan dengannya dia merupakan subjek data jika, berdasarkan sebab-sebab yang dinyatakan olehnya—

(A)

pemprosesan data peribadi itu atau pemprosesan data peribadi bagi maksud itu atau mengikut cara itu menyebabkan atau mungkin menyebabkan kerosakan yang substansial atau distres yang substansial kepadanya atau kepada orang lain; dan kerosakan atau distres itu adalah atau akan menjadi tidak wajar.

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai jika—

(a)

subjek data itu telah memberikan persetujuannya;

(b)

pemprosesan data peribadi itu perlu—

(i)

bagi melaksanakan suatu kontrak yang mengenainya subjek data itu merupakan suatu pihak;

(ii)

bagi mengambil langkah, atas permintaan subjek data, dengan tujuan untuk membuat suatu kontrak;

(iii)

bagi mematuhi apa-apa obligasi undang-undang yang mengenainya pengguna data itu merupakan subjek, selain suatu obligasi yang dikenakan oleh kontrak; atau

(iv)

untuk melindungi kepentingan vital subjek data itu; atau

(c)

dalam apa-apa hal lain yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

(3)

Pengguna data hendaklah, dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh penerimaan notis subjek data di bawah subseksyen (1), memberi subjek data suatu notis bertulis—

(a)

yang menyatakan bahawa dia telah mematuhi atau berhasrat untuk mematuhi notis subjek data itu; atau

(b)

yang menyatakan sebab-sebab dia menganggap notis subjek data itu sebagai tidak berjustifikasi, atau ke apa-apa takat tidak berjustifikasi, dan takat, jika ada, yang dia telah mematuhi atau berhasrat untuk mematuhinya.

Perlindungan Data Peribadi 49

(4)

Jika subjek data itu tidak berpuas hati oleh sebab pengguna data tidak mematuhi notis subjek data, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, di bawah perenggan (3)(b), subjek data itu boleh mengemukakan suatu permohonan kepada Pesuruhjaya untuk menghendaki pengguna data itu mematuhi notis subjek data itu.

(5)

Jika Pesuruhjaya berpuas hati bahawa permohonan subjek data di bawah subseksyen (4) itu berjustifikasi atau berjustifikasi ke apa-apa takat, Pesuruhjaya boleh menghendaki pengguna data itu supaya mengambil apa-apa langkah bagi mematuhi notis subjek data itu.

(6)

Seseorang pengguna data yang tidak mematuhi kehendak

Pesuruhjaya di bawah subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Hak untuk menghalang pemprosesan bagi maksud pemasaran langsung