Malaysia legislation

Section 43

of AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Seksyen 43

(2)

Jika subjek data itu tidak berpuas hati oleh sebab pengguna data tidak mematuhi notis itu, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, di bawah subseksyen (1), subjek data itu boleh mengemukakan suatu permohonan kepada Pesuruhjaya untuk menghendaki pengguna data itu mematuhi notis itu.

(3)

Jika Pesuruhjaya berpuas hati bahawa permohonan subjek data di bawah subseksyen (2) itu berjustifikasi atau berjustifikasi ke apa-apa takat, Pesuruhjaya boleh menghendaki pengguna data itu supaya mengambil apa-apa langkah bagi mematuhi notis itu.

(4)

Seseorang pengguna data yang tidak mematuhi kehendak

Pesuruhjaya di bawah subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Undang-Undang Malaysia 50

Akta 709

(5)

Bagi maksud seksyen ini, “pemasaran langsung” ertinya berkomunikasi dengan apa cara sekali pun mengenai apa-apa bahan pengiklanan atau pemasaran yang ditujukan kepada individu tertentu.

Rekod disimpan oleh pengguna data

Section 43 — AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 | mylaw.my