Malaysia legislation
Section 45
Seksyen 45
(2)
Tertakluk pada seksyen 46, data peribadi—
(a)
yang diproses bagi—
(i)
pencegahan atau pengesanan jenayah atau bagi maksud penyiasatan;
(ii)
penangkapan atau pendakwaan pesalah; atau
(iii)
pentaksiran atau pemungutan apa-apa cukai atau duti atau apa-apa pengenaan lain yang serupa jenisnya, hendaklah dikecualikan daripada Prinsip Am,
Prinsip Notis dan Pilihan, Prinsip Penzahiran dan
Prinsip Akses dan peruntukan lain Akta ini yang berkaitan;
Perlindungan Data Peribadi 51
(b)
yang diproses berhubung dengan maklumat mengenai kesihatan fizikal atau mental seorang subjek data hendaklah dikecualikan daripada Prinsip Akses dan peruntukan lain Akta ini yang berkaitan yang pemakaian peruntukan itu kepada subjek data mungkin akan menyebabkan kemudaratan yang teruk kepada kesihatan fizikal atau mental subjek data itu atau mana-mana individu lain;
(c)
yang diproses bagi menyediakan statistik atau menjalankan penyelidikan hendaklah dikecualikan daripada Prinsip Am,
Prinsip Notis dan Pilihan, Prinsip Penzahiran dan Prinsip
Akses dan peruntukan lain Akta ini yang berkaitan, dengan syarat bahawa data peribadi itu tidak diproses bagi apa-apa maksud lain dan bahawa statistik yang terhasil atau dapatan penyelidikan itu tidak dijadikan tersedia dalam suatu bentuk yang mengenal pasti subjek data itu;
(d)
yang perlu bagi maksud atau yang berkaitan dengan apa-apa perintah atau penghakiman suatu mahkamah hendaklah dikecualikan daripada Prinsip Am,
Prinsip Notis dan Pilihan, Prinsip Penzahiran dan
Prinsip Akses dan peruntukan lain Akta ini yang berkaitan;
(e)
yang diproses bagi maksud menunaikan fungsi pengawalseliaan hendaklah dikecualikan daripada
Prinsip Am, Prinsip Notis dan Pilihan, Prinsip Penzahiran dan Prinsip Akses dan peruntukan lain Akta ini yang berkaitan jika pemakaian peruntukan itu kepada data peribadi mungkin akan menjejaskan penunaian fungsi itu dengan sepatutnya; atau
(f)
yang diproses hanya bagi maksud kewartawanan, kesusasteraan atau kesenian hendaklah dikecualikan daripada Prinsip Am, Prinsip Notis dan Pilihan,
P r i n s i p P e n z a h i r a n , P r i n s i p P e n y i m p a n a n ,
Prinsip Integriti Data dan Prinsip Akses dan peruntukan lain Akta ini yang berkaitan, dengan syarat bahawa—
(i)
pemprosesan itu dijalankan dengan tujuan penyiaran bahan kewartawanan, kesusasteraan atau kesenian itu oleh mana-mana orang;
Undang-Undang Malaysia 52
Akta 709
(ii)
pengguna data mempercayai dengan semunasabahnya bahawa, dengan mengambil kira betapa mustahaknya kepentingan awam dalam kebebasan bersuara, penyiaran itu berkepentingan awam;
dan
(iii)
pengguna data mempercayai dengan semunasabahnya bahawa dalam segala hal keadaan itu, pematuhan peruntukan yang berkenaan dengannya pengecualian dituntut adalah tidak bersesuaian dengan maksud kewartawanan, kesusasteraan atau kesenian itu.
Kuasa untuk membuat pengecualian tambahan