Malaysia legislation

Section 48

of AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Seksyen 48

Perlindungan Data Peribadi 53

Pesuruhjaya hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(a)

untuk menasihati Menteri mengenai dasar kebangsaan bagi perlindungan data peribadi dan segala perkara lain yang berkaitan;

(b)

untuk melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang perlindungan data peribadi, termasuk perumusan dasar dan tatacara operasi;

(c)

untuk memajukan dan menggalakkan persatuan atau badan yang mewakili pengguna data untuk menyediakan tataamalan dan menyebarkan tataamalan itu kepada anggotanya bagi maksud Akta ini;

(d)

untuk bekerjasama dengan pertubuhan perbadanan atau agensi kerajaan bagi maksud melaksanakan fungsinya;

(e)

untuk menentukan menurut seksyen 129 sama ada mana-mana tempat di luar Malaysia mempunyai suatu sistem bagi perlindungan data peribadi yang sebahagian besarnya seumpama dengan yang diperuntukkan di bawah Akta ini atau yang dapat digunakan bagi maksud yang serupa seperti Akta ini;

Undang-Undang Malaysia 54

Akta 709

(f)

untuk menjalankan atau menyebabkan dijalankan penyelidikan terhadap dan mengawasi pembangunan dalam pemprosesan data peribadi, termasuk teknologi, untuk mengambil kira kemungkinan apa-apa kesan pembangunan itu terhadap privasi individu berhubung dengan data peribadinya;

(g)

untuk memantau dan menyelia pematuhan peruntukan

Akta ini, termasuk pengeluaran pekeliling, notis penguatkuasaan atau apa-apa surat cara lain kepada mana-mana orang;

(h)

untuk menggalakkan kesedaran dan penyebaran maklumat kepada orang awam mengenai kuat kuasa Akta ini;

(i)

untuk berhubung dan bekerjasama dengan orang yang melaksanakan fungsi perlindungan data peribadi yang seumpama di mana-mana tempat di luar Malaysia berkenaan dengan perkara yang berkepentingan bersama, termasuk perkara yang melibatkan privasi individu berhubung dengan data peribadinya;

(j)

untuk mewakili Malaysia melalui penyertaan dalam acara yang berhubung dengan perlindungan data peribadi sebagaimana yang dibenarkan oleh Menteri, sama ada di dalam atau di luar

Malaysia; dan

(k)

untuk menjalankan apa-apa aktiviti dan melakukan apa-apa perkara yang perlu, memberi kebaikan dan patut bagi pentadbiran Akta ini, atau apa-apa maksud lain yang selaras dengan Akta ini sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.

Kuasa Pesuruhjaya

Section 48 — AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 | mylaw.my