Malaysia legislation

Section 49

of AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Seksyen 49

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Pesuruhjaya hendaklah termasuk kuasa—

(a)

untuk mengutip apa-apa fi yang ditetapkan oleh Menteri;

(b)

untuk melantik mana-mana ejen, pakar, perunding atau mana-mana orang lain yang difikirkannya patut untuk membantunya dalam pelaksanaan fungsinya;

(c)

untuk merumuskan pembangunan sumber manusia dan program kerjasama bagi pelaksanaan fungsinya dengan patut dan berkesan;

(d)

untuk membuat kontrak;

(e)

untuk memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih atau tak alih bagi pelaksanaan fungsinya, dan untuk memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, memindahkan hakmilik atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai harta itu atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak padanya;

(f)

untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang ditugaskan oleh Menteri dari semasa ke semasa; dan

(g)

untuk melakukan semua perkara yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada pelaksanaan fungsinya.

Pelantikan Timbalan Pesuruhjaya dan Penolong Pesuruhjaya

Section 49 — AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 | mylaw.my