Malaysia legislation
Section 60
Seksyen 60
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Pesuruhjaya hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan disediakan dan dihantar kepada Menteri dan jika diarahkan sedemikian oleh
Menteri kepada mana-mana pihak berkuasa awam lain, suatu laporan yang memperkatakan aktiviti Pesuruhjaya semasa tahun kewangan yang sebelum itu, dan laporan itu hendaklah mengikut apa-apa bentuk dan hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubung dengan prosiding dan dasar Pesuruhjaya sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri.