Malaysia legislation
Section 61
Seksyen 61
(2)
Kumpulan Wang hendaklah dikawal, disenggarakan dan dikendalikan oleh Pesuruhjaya.
(3)
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
(a)
apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh Parlimen bagi maksud Akta ini dari semasa ke semasa;
(b)
fi, kos dan apa-apa caj lain yang dikenakan oleh atau kena dibayar kepada Pesuruhjaya di bawah Akta ini;
(c)
semua wang yang diperoleh daripada penjualan, pelupusan, pemajakan, penyewaan atau apa-apa urus niaga lain mengenai harta alih atau tak alih yang terletak hak atau diperoleh oleh Pesuruhjaya;
Undang-Undang Malaysia 60
Akta 709
(d)
semua wang yang dibayar kepada Pesuruhjaya dari semasa ke semasa bagi pinjaman yang diberikan oleh Pesuruhjaya;
dan
(e)
semua jumlah wang atau harta lain yang boleh dalam apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Pesuruhjaya berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya.
Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan
Wang