Malaysia legislation
Section 62
Seksyen 62
Kumpulan Wang boleh dibelanjakan bagi maksud yang berikut:
(a)
membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan secara sah oleh Pesuruhjaya;
(b)
membayar apa-apa belanja yang dilakukan bagi menganjurkan kempen, penyelidikan, kajian dan penyiaran bahan bagi perlindungan data peribadi;
(c)
membayar saraan, elaun, faedah dan belanja lain bagi
Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya, Penolong Pesuruhjaya, anggota Jawatankuasa Penasihat, anggota, pegawai dan pekhidmat Tribunal Rayuan dan pegawai dan pekhidmat
Pesuruhjaya, termasuk pemberian pinjaman dan wang pendahuluan, elaun persaraan, faedah persaraan dan ganjaran;
(d)
membayar apa-apa belanja, perbelanjaan, fi dan kos lain, termasuk fi bagi penggunaan khidmat perunding, dan fi dan kos guaman, yang dilakukan atau diterima dengan sepatutnya, atau disifatkan patut oleh Pesuruhjaya dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya;
(e)
membeli atau menyewa kelengkapan dan bahan, memperoleh tanah dan apa-apa aset, dan menjalankan apa-apa kerja dan usaha lain dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya; dan
(f)
secara amnya, membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.
Perlindungan Data Peribadi 61
Pemeliharaan Kumpulan Wang